Friday, June 18, 2010

TAYANGAN AMAL LAYAR BISTARI FILEM "ADNAN SEMPIT"

SUNGAI PETANI 9 April 2010

Niat murni penganjuran tayangan amal Layar Bistari filem ''Adnan Sempit'' seharusnya diberi pujian. Ianya meyaksikan kalobrasi pertama antara Jabatan Penerangan, Persatuan Belia Nur Kasih dan PIBG SMKKKM. Pada hemat saya sambutan yang diberikan dari penduduk setempat amat menggalakkan. Slot "Life Is Precious"" amat mengesankan walaupun hanya selama 5 minit.

Memerangi gejala pembuangan bayi yang semakin merisaukan adalah agenda utama pihak penganjur. Setiap hari kita dimomokkan dengan cerita-cerita malang yang menimpa bayi-bayi yang tidak berdosa ini. Mujur masih ada pihak yang sukarela tampil untuk memberi kesedaran buat kita khususnya golongan remaja.

Apa yang dikesalkan, ada segelintir pihak yang tidak nampak maksud sebenar tayangan amal ini. Ketika segmen Perdana Menteri berucap mengenai gagasan 1 Malaysia sekumpulan pelajar bangun meninggalkan tempat duduk. Setelah disiasat, rupanya mereka ini telah diarahkan oleh guru mereka untuk balik. Tetapi, tidak lama kemudian kumpulan pelajar terbabit telah kembali semula.

Mengapa ini terjadi? Apa mesej yang sebenarnya ingin disampaikan oleh golongan pendidik ini? Bukankah mereka sepatutnya menerapkan norma-norma murni kepada pelajar-pelajar iaitu kesetiaan kepada agama dan negara. Bukan hanya mementingkan diri sendiri dan fahaman politik.

Tahniah kepada mereka yang menjayakan tayangan amal Layar Bistari ini. Diharap ianya akan berterusan dan disertai oleh badan-badan sukarela yang lain.

No comments:

Post a Comment