SUNGAI PETANI 23/05/10
Usai sudah sebuah program besar, kepuasan jelas terpancar di wajah Ybhg. Pn Shahanim Md Yusof, Naib Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Sungai Petani. Sementalah hampir seminggu beliau dan ahli jawatankuasanya bertungkus lumus membuat persiapan. Program yang bermula dengan kenduri rakyat pada jam 12.00 tengahari itu meperlihatkan lebih 2500 orang tetamu yang hadir memberi sokongan.
Istimewanya program tersebut dirasmikan oleh tetamu kehormat, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Seri Norainee. Pelbagai anugerah tokoh yang disampaikan dan sumbangan 1000 biji topi keledar kepada penduduk setempat oleh JKJR dan Persatuan Belia Nur Kasih. Disamping itu, apa yang menarik ialah antaranya 2 cabutan bertuah tiket menunaikan umrah dan barangan elektrik seperti peti sejuk & tv disediakan
No comments:
Post a Comment