Friday, June 18, 2010

PROGRAM JALINAN SILATURRAHIM & MAJLIS RAMAH MESRA BERSAMA PEKERJA INDUSTRI

Sungai petani 16/5/10

Puteri perihatin! Itulah gambaran sebenar mengenai Pergerakan Puteri Bahagian Sungai Petani yang di terajui oleh Ybhg. Pn Shahanim md Yusof. Buat kali ke 5 Pergerakan Puteri UMNO Bhg Sungai Petani telah menganjurkan program kemasyarakan yang belum pernah dianjurkan oleh mana-mana pihak sebelum ini..

Program Jalinan silaturrahim & Majlis ramah Mesra Bersama Pekerja Industri. Program ini banyak menekankan semangat kenegaraan & juga memberi penerangan tentang hak-hak pekerja industri di negara ini. Penceramah – penceramah yang terbaik dari pelbagai sektor dijemput untuk menyampaikan informasi yang bermanafaat.

Syabas dan tahniah kepada Pergerakan Puteri UMNO Bahagia Sungai Petani kerana tidak pernah kenal erti jemu dan mengalah memberikan yang terbaik dalam memperkasakan melayu untuk rakyat negeri Kedah

No comments:

Post a Comment